PERANG JIHAD
Ketanggapan yang romantis
Orang Muslim menegaskan dengan keras bahawa Jihad, atau Perang Jihad, hanya adalah satu kaedah untuk mempertahankan diri dan tidak pernah digunakan sebagai satu kegiatan menyerang. Ini digariskan di dalam nota-nota penjelasan dari Sahih Muslim:
"Jihad di dalam Islam bukan satu kegiatan kejam yang ditujukan dengan sembarangan terhadap orang bukan Islam; ia adalah nama yang diberikan kepada satu perjuangan yang membulat yang seorang Muslim harus melancarkan terhadap Kejahatan di dalam apa jua bentuk atau rupa pun ia menjelma. Berlawan di dalam jalan Allah hanya salah satu aspek Jihad. Ini juga di dalam Islam bukannya satu perbuatan pengganasan yang menggila... Ia mempunyai fungsi MATERIAL dan MORAL, iaitu pemeliharaan diri sendiri dan pemeliharaan peraturan moral di dalam dunia." ("Sahih Muslim, III, m.s. 938 - ayat penjelasan).
Tujuan yang materialistik.
Mari kita menyelidik bagaimana dakwaan ini disokong oleh fakta-fakta sejarah yang sebenarnya.
"Berjihad ialah satu dari perbuatan terpuji yang utama di dalam mata Islam -- dan ia adalah punca terbaik untuk pendapatan, tetapi akan dimulakan dengan tujuan mempertahankan diri." "Mishkat" II, m.s. 340 - nota penjelasan).
Seseorang itu boleh menganggap ia sebagai perbuatang mencuri untuk mempertahankan diri, sekiranya wujudnya sesuatu seperti itu.
"Al-Qur'an dengan kuatnya melarang perbuatan menukar kepercayaan agama orang lain melalui paksaan, dengan mengatakan:
'Tidak ada paksaan dalam ugama' (Surah 2:256)" (ibid).
Ini adalah munasabah - walaupun seseorang itu, mungkin membantah kepada peperangan sebagai satu punca pendapatan. Pendapatan ini, tanpa keraguan, adalah dengan pengorbanan punca rezeki orang lain. Tetapi, mari kita lihat pada peperangan cara orang Islam apabila dipraktikkan: This is reasonable - though one would, perhaps, object to war as a means of income. This income, no doubt, is at the expense of someone's livelihood. But let us look at Muslim warfare in practice:
"Apabila negara orang kafir itu ditakluk (untuk mempertahankan diri??) oleh pemerintah Muslim, penduduk-penduduknya diberi tiga alternatif:
1. Penerimaan agama Islam, di mana penduduk negara yang ditakluk menjadi rakyat bebas negara Islam;
2. Pembayaran cukai kepala (Jizyah) melalui mana orang bukan Islam menerima "perlindungan" dan menjadi Zimmis, dengan syarat mereka bukan orang-orang kafir musyrik (dari Arabia);
3. Hukum bunuh dengan pedang kepada mereka yang tidak mahu membayar Jizyah. ("Dictionary of Islam", m.s. 243)
"...Bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanan mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya... "(Surah 9:5)
"...Apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir maka pancunglah lehernya, sehingga apabilah kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya..." (Surah 47:4)
"...Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab sehingga mereka membayar 'Jizyah'..." (Surah 9:29).
"Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti, nescaya akan diampunkan dosa mereka yang lalu, dan jika mereka kembali lagi kerana sesungguhnay telah berlakulah kebinasaan orang-orang dahulu kala. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan menjadilah ugama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata." (Surah 8:39)
"..Dan khabarkanlah kepada orang-orang kafir dengan azab yang tidak terperi sakitnya." (Surah 9:3)
Semua teks-teks di atas dikontradiksi oleh:
"Tidak ada paksaan dalam ugama" (Surah 2:256)
Dari Hadayah (II, m.s. 140) kami mendapati berkenaan Jihad, bahawa:
"Ke mana-mana kampung yang kamu pergi dan menghuni di tempat itu, itulah bahagian anda di situ, dan yang mana-mana kampung yang mengingkari perintah Allah dan RasulNya, satu perlima darinya adalah untuk Allah dan RasulNya and yang tertinggal adalah untuk kamu." ("Mishkah" II, m.s. 412).
"Di dalam kawasan peperangan yang sebenarnya, di tengah-tengah permusuhan, beberapa konsesi kadang-kadang diberi kepada askar-askar untuk berekreasi. Anak dara tawanan perang pernah sekali dihalalkan kepada askar-askar untuk tujuan persetubuhan." (ibid. m.s. 440 dan "Sahih Muslim" II, m.s. 705-707)
Apa yang betul pada hari ini, tidak boleh menjadi salah esok, jika tidak, kami akan mempunyai satu contoh etika yang berdasarkan keadaan (situasi).
Kepada pemerhati yang objektif, gambaran seperti berikut menjelma: minat di dalam keuntungan material adalah sama penting dengan membuat mualaf. Seseorang itu tidak dapat menahan dari berpendapat bahawa Perang Jihad itu cuma satu helah untuk mendapatkan barang rampasan perang dan menerima cukai yang berterusan. Ini telah mesti memujuk banyak orang untuk menyertai Perang Jihad dan oleh itu menjadi seorang yang berjuang kerana didorongi oleh wang (mercenary). Minat ini tanpa ragu, memberi momentum politik dan ketenteraan yang besar kepada tujuan perjuangan Muhammad. Setiap pejuang mempunyai hak ke atas barang kepunyaan orang yang dibunuhnya, dan boleh menjual sebagai tebusan mana-mana orang tawanannya. Kaum wanita dan kanak-kanak juga dianggap sebagai harta rampasan perang dan seorang Muslim tidak melihat apa-apa yang luar biasa dari segi moral dalam mengambil tawanan perang wanita yang sudah berkahwin sebagai gundik asalkan mereka belum lagi mengandung. Dia juga akan menerima bahagiannya dalam harta rampasan perang yang dicampur, yang mana; satu perlima kepunyaan Muhammad (dan di dalam kes tidak ada peperangan yang berlaku, semua harta itu kepunyaan Muhammad). Kami sedar akan bahawa, Muhammad tidak pernah hidup boros atau menyorok barangan. Sebaliknya, dia amat murah hati dari semua aspek, terutamanya kepada yang miskin, anak yatim piatu dan balu.
Cukai-cukai boleh menjadi kejam sekali seperti di dalam kes orang Yahudi yang ditewaskan who tinggal di Khaiber. Mereka
"telah dibenarkan untuk terus tinggal di Khaiber atas syarat mereka akan membayar 1/2 dari hasil keluaran tanah mereka kepada Nabi Suci dan tambah pula cukai Jizyah". ("Mishkat", m.s. 455, nota kaki)
"Setelah Perang Badr, ayat berkenaan dengan harta rampasan perang pertama kalinya diturunkan. Ayat ini memperkenalkan peraturan buat pertama kalinya bahawa barang rampasan perang akan menjadi harta askar-askar yang mengambil bahagian dalam peperangan itu... INILAH SATU DARIPADA SEBAB-SEBAB kenapa askar-askar Islam berlawan bermati-matian. Mereka akan mengecapi Syurga dalam kes meninggal dunia dalam Perang Jihad, dan harta rampasan perang dalam kes PENAKLUKAN. Jihad oleh itu, adalah sumber terbaik semua perolehan." ("Mishkat" II, m.s. 406, nota penjelasan)
Jihad "ialah kaedah terbaik untuk mendapat kemanfaatan spiritual dan keduniawian. Sekiranya, kemenangan dimenangi, maka terdapatlah harta rampasan perang yang amat banyak dan PENAKLUKAN sesuatu negara, yang tidak boleh disamakan kepada punca pendapatan yang lain." (ibid. m.s. 253, nota penjelasan).
"Di dalam peperangan di antara Muraisi dengan Bani Mustaliq, harta rampasan perang yang diperolehi adalah hampir 200 ekor unta dan 5 000 ekor kambing. Di dalam kempen Hunain, harta rampasan perang yang jatuh ke tangan orang Muslim adalah 24 000 ekor kambing biri-biri, 4 000 syiling perak dan unta-unta yang tidak terkira bilangannya. Di dalam Perang Badr dan Uhud, harta rampasan perang adalah sangat baik juga." (ibid. m.s. 406).
Muslims were 24 000 sheep, 4 000 silver coins and innumerable camels. In the Battle of Badr and Uhud, the booties were also great." (ibid. page 406).
Tidak hairanlah bahawa satu pantun yang dikatakan dikarang oleh Ali ibn Abi Talib, dibaca sebagai:
"Pedang dan pisau kecil bunga-bunga kami;
Bunga narcissus dan myrtle bukan,
Darah musuh minuman kami;
Tengkoraknya cawan kami, setelah kita berlawan."
Konsep Isa yang bertentangan. The opposing concept of Jesus. Awal tadi kami telah menerima konsep wahyu secara progresif. Kemajuan dapat dilihat, sebagai contoh, Musa telah diberitahu oleh Allah bahawa adat lazim balas dendam pada ketika itu (anda menumbuk keluar gigi saya dan saya akan memancung kepala anda) harus ditukar kepada "mata ganti mata dan gigi ganti gigi" - tidak lebih lagi! Inilah progresif.
Kemudian dalam satu perkembangan process pengwahyuan, Allah menurunkan melalui Isa dalam Khutbah di Atas Bukit konsepNya untuk seorang umat Kristian
"Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, Allah akan menyebut mereka anak-anaknya... Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: 'Mata ganti mata; gigi ganti gigi.' Tapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Jangan balas dendam terhapda orang yang berbuat jahat kepada kamu. Sebaliknya jika seseorang menampar pipi kananmu untuk menghina kamu, biarkanlah dia menampar pipi kirimu juga... Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut (di dalam Perjanjian Lama
'Kasihilah sahabatmu, dan bencilah musuhmu.' Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu..." (Matius 5:9, 38-44
Sekali lagi inilah dikatakan kemajuan (progresif). Ia mungkin kelihatan tidak praktikal--sekiranya seseorang itu mengecualikan Pengendalian Allah di dalam dunia ini - tetapi inilah caraNya. Adalah amat mendukacitakan untuk mengatakan bahawa segelintir, jika ada, orang Kristian pada namanya sahaja, yang menghiraukan pengajaran Isa ini.
Kami mendapati bahawa standard etika Muhammad merupakan satu pengembalian atau pemerosotan kepada zaman sebelum Isa.
Soalan yang kami ingin mengemukakan ialah: Bagaimanakah pernyataan "Tidak ada paksaan dalam ugama" bersetuju dengan: "Bunuhlah orang-orang musyrik itu.", "pancunglah lehernya" dan "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan menjadilah ugama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata
Orang Kristian hairan mengapa mereka tidak diizinkan untuk membina gereja-gereja dan menyebarkan kepercayaan iman mereka di negara-negara Islam, manakala orang Muslim menikmati kebebasan agama di kebanyakan negara-negara bukan Islam, kecuali di belakang Tabir Besi. Hanya baru-baru ini, satu-satunya gereja di Afghanistan telah dirobohkan
Dakwaan bahawa orang Islam bertindak hanya dalam usaha mempertahankan diri adalah jelas tidak benar.
Apakah yang orang Muslim sedang mempertahankan di Sepanyol, Perancis, India, Persia atau betul-betul di pintu kota Vienna?
Hakikat bahawa orang tidak bersedia menjadi Muslim secara sukarela ("Tidak ada paksaan dalam ugama") bukannya perbuatan menyerang ke atas orang Muslim. Dakwaan yang diulangi bahawa harta rampasan perang tidak menjadi motif - oleh kerana Perang Jihad harus mempunyai motif keagamaan yang tulen - adalah tidak ikhlas, kerana sekiranya ia adalah seperti yang didakwa, harta rampasan perang tentunya tidak akan dijadikan satu insentif.
Kami percaya bahawa janji harta rampasan perang berfungsi untuk mencapai cita-cita politik. Dari satu perspektif yang tulen-tulen ketenteraan sahaja, kami tidak melihat sebarang kesalahan dalam kelakuan Muhammad, sekiranya kami mempertimbangkan bahawa kebanyakan pemimpin politik juga bertindak sedemikian. Tidak ada keraguan bahawa dia memang seorang jeneral yang lebih baik, pentadbir, pemimpin, pembaharu sosial dan ahli politik; tetapi kelakuannya dan apa yang dipesannya, tidak pada pendapat orang Kristian, melayakannya menjadi Nabi Tuhan yang terakhir
SOALAN: Sekiranya Allah ingin meluaskan PemerintahanNya melalui penggunaan kekerasan oleh pengikut-pengikutNya, yang kami lihat sebagai satu kemungkinan, bukankah ia satu insentif spiritual untuk menawarkan harta tawanan perang? Kenapakah orang Muslim selalu memberi penekanan kepada sifat mempertahankan diri peperangan-peperangan Muhammad, padahal mengetahui bahawa kebanyakannya bersifat menyerang? Kenapakah kebanyakan penaklukan berorientasikan atas keuntungan politik and material, lebih daripada berdasarkan kepada penyebaran Allah yang Maha Esa
No comments:
Post a Comment