Saturday, July 17, 2010

Apakah dia Jalan Roma ke penyelamatan?

Apakah dia Jalan Roma ke penyelamatan?

Jawapan: Jalan Roma ke penyelamatan ialah satu cara berkongsi dengan orang lain mengenai Berita Baik penyelamatan melalui penggunaan ayat-ayat daripada buku Roma. Cara ini ialah satu cara yang mudah lagi berkesan untuk menjelaskan sebab-sebab kita perlukan penyelamatan, bagaimana Tuhan menyediakan penyelamatan, bagaimana kita boleh menerima penyelamatan, dan apakah akibat penyelamatan?

Ayat pertama bagi Jalan Roma ke penyelamatan ialah Roma 3:23, “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” Kita semua telah berdosa. Kita semua melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Tuhan. Tiada seorang pun yang tidak berdosa. Roma 3:10-18 menerangkan bagaimana dosa mempengaruhi hidup kita. Ayat suci kedua mengenai Jalan Roma ke Penyelamatan, Roma 6:23, mengingatkan kita mengenai akibat berdosa – “kematian adalah upah dosa..” Hukuman ke atas dosa ialah kematian. Bukan sahaja kematian fizikal, tetapi kematian kekal!

Ayat suci ketiga di dalam Buku Roma mengenai penyelamatan ialah Roma 6:23, “…tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.” Roma 5:8 menyatakan bahawa, “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.” Yesus Kristus mati untuk kita! Kematian Yesus membayar denda dosa kita. Kebangkitan Yesus membuktikan bahawa Tuhan telah menerima kematian-Nya sebagai tebusan dosa kita.

Ayat suci keempat di dalam Jalam Roma ke penyelamatan ialah Roma 10:9, “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan,” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan.” Kerana Yesus telah mati untuk kita, maka kita perlu percaya kepada Dia, yakin bahawa kematian-Nya adalah untuk menebus dosa kita – pasti kita akan diselamatkan! Roma 10:13 menyatakan, “Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.” Yesus mati untuk menebus dosa kita dan membebaskan kita daripada hukuman kekal. Penyelamatan dan pengampunan diberi secara percuma kepada semua orang yang percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat.

Aspek terakhir Jalan Roma ke penyelamatan ialah akibat penyelamatan. Roma 5:1 mempunyai ayat yang mengagumkan, “Sekarang kita sudah berbaik semula dengan Allah kerana kita percaya kepada-Nya. Oleh itu kita hidup dalam kedamaian dengan Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan kita.” Melalui Yesus, kita boleh menikmati hubungan sejahtera dengan Tuhan. Roma 8:1 mengajar kita, “Sekarang tidak ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.” Oleh sebab Yesus mati untuk kita, maka kita tidak akan dihukum lagi. Akhirnya, kita mempunyai janji Tuhan daripada Roma 8:38-39, “Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang, baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi – tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita.”

Adakah anda hendak mengikuti Jalan Roma ke Penyelamatan? Jika Ya, ikutilah satu doa contoh di sini. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi hanya kepercayaan kepada Kristus yang akan menyelamatkan kamu! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu – iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!"

KRISTIAN adalah cara hidup sehariaan kita

Perkataan Kristian digunakan tiga kali di dalam Kitab Injil (Kisah Para Rasul 11:26, 26:28, 1 Petrus 4:16). Pengikut-pengikut Yesus Kristus pertama kali dipanggil “Kristian” di Antiokhia (Kisah Para Rasul 11:26) kerana kelakuan, aktiviti dan percakapan mereka seperti Kristus. Asalnya gelaran Kristian itu adalah digunakan oleh orang yang tidak percaya kepada Kristus di Antiokhia untuk mengetawakan Kristian. Makna harafiahnya ialah “orang yang memihak kepada parti Kristus” atau “pengikut Kristus”, definisi itu sangat serupa dengan definisi kamus Webster.

Malangnya, perkataan “Kristian” telah hilang makna asalnya dan selalu digunakan ke atas orang yang menunjukkan perbuatan agamanya yang bermoral tetapi bukan untuk mereka yang dilahirkan semula dan mengikut ajaran Yesus dengan betul dan ikhlas. Ramai orang yang tidak percaya kepada Yesus menganggap diri mereka Kristian semata-mata kerana mereka pergi ke gereja ataupun hidup di negara Kristian. Tetapi, menghadiri gereja, berkhidmat untuk orang yang bernasib malang, atau menjadi orang yang baik dan bermoral tidak menjadikan kamu Kristian yang benar. Seorang pendakwa pernah menyatakan, “Pergi ke gereja tidak menjadikan kamu Kristian dan hal ini seperti pergi ke bengkel kereta tidak menjadikan kamu kereta.” Kamu tidak akan menjadi Kristian dengan menyertai gereja, pergi ke gereja setiap hari Ahad, dan melakukan kerja-kerja di gereja.

Kitab Injil menyatakan kerja kebajikan yang kita lakukan tidak akan mendapat rahmat Tuhan. Titus 3:5 berkata, “Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Tuhan menyelamatkan kita melalui Roh-Nya yang mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru dengan membasuh kita.” Jadi, Kristian ialah seseorang yang dilahirkan semula oleh Tuhan (Yohanes 3:3, 3:7, 1 Petrus 1:23) dan percaya kepada Yesus sepenuhnya. Efesus 2:8 berkata, “Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan melalui iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.” Seorang Kristian yang benar ialah orang yang menyesali dosanya dan percaya kepada Yesus sahaja. Kepercayaan mereka bukan mengikut satu set kod moral atau menganut agama tertentu, atau mempunyai satu senarai perbuatan yang boleh dilakukan atau diharamkan.

Seorang Kristian yang benar ialah orang yang percaya kepada Yesus Kristus dan percaya kepada hakikat bahawa Dia mati di atas salib sebagai pampasan kepada dosa manusia dan bangkit semula pada hari ketiga sebagai bukti bahawa Dia telah berjaya memenangi kematian dan mampu memberi hidup kekal kepada mereka yang mempunyai iman di dalam-Nya. Yohanes 1:12 berkata, “Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa untuk menjadi anak Tuhan, iaitu mereka yang percaya kepada nama-Nya;” Seorang Kristian yang benar ialah anak Tuhan, sebahagian daripada keluarga Tuhan, dan seorang yang mempunyai nyawa baru di dalam Kristus. Tanda seorang Kristian yang baik ialah kasih sayang terhadap orang lain dan taat setia kepada kata-kata Tuhan (1 Yohanes 2:4, 2:10).

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini”.

Saya baru percaya kepada Yesus… sekarang apakah yang perlu saya lakukan?

Saya baru percaya kepada Yesus… sekarang apakah yang perlu saya lakukan?

Tahniah! Kamu telah membuat satu keputusan yang boleh menukar nasib hidup kamu! Mungkin kamu bertanya, “Sekarang apakah yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya perlu mengikut Tuhan dalam perjalanan ini?” Lima langkah di bawah ini akan memberi kamu petunjuk daripada Kitab Injil.

1. Pastikan kamu memahami penyelamatan.

1 Yohanes 5:13 memberitahu kita, “Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal.” Tuhan mahu kita memahami makna penyelamatan. Tuhan ingin kita mempunyai penuh keyakinan bahawa kita telah diselamatkan. Secara ringkas, biar kita membaca maklumat penting mengenai penyelamatan:

(a) Kita semua telah berdosa. Kita telah melakukan perkara yang tidak dipersetujui oleh Tuhan (Roma 3:23).

(b) Kerana dosa kita, kita patut dihukum dan dipisahkan daripada Tuhan selama-lamanya (Roma 6:23).

(c) Yesus mati di atas salib untuk menebus dosa kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21). Yesus menggantikan kita untuk mati, mengalami hukuman yang sepatutnya dialami oleh kita. Kebangkitan-Nya membuktikan kematian Yesus cukup berkesan untuk menebus dosa kita.

(d) Tuhan memberi pengampunan dosa dan penyelamatan kepada mereka yang percaya kepada Yesus – percaya kematian-Nya boleh menebus dosa kita (Yohanes 3:16; Roma 5:1, 8:1).

Inilah berita baik penyelamatan! Jika kamu percaya kepada Kristus Yesus dan menerimanya sebagai Penyelamat kamu, kamu akan diselamatkan! Semua dosa kamu diampuni dan Tuhan berjanji tidak akan meninggalkan kamu (Roma 8:38-39; Matius 28:20). Ingat, penyelamatan kamu adalah tetap dalam Yesus (Yohanes 10:28-29). Jika kamu percaya hanya Yesus sahaja merupakan Penyelamat kamu, kamu boleh yakin bahawa kamu akan hidup bersama Tuhan secara abadi di syurga.

2. Mencari sebuah gereja baik yang mengajar Kitab Injil.

Jangan menganggap gereja sebagai sebuah bangunan. Gereja ialah orang kristian. Penting untuk semua penganut kristian berhubung sesama sendiri. Ini adalah tujuan utama gereja. Sekarang kamu telah percaya kepada Tuhan, kami menggalakkan kamu mencari sebuah gereja yang mengikuti ajaran Kitab Injil di kawasan kamu dan berbincang dengan pastor. Biar dia tahu kepercayaan baru kamu pada Yesus Kristus.

Tujuan kedua gereja ialah mengajar Kitab Injil. Kamu boleh belajar mempraktikkan ajaran Tuhan dalam kehidupan. Menghafal Kitab Injil adalah penting supaya kamu dapat menjalani kehidupan agama Kristian yang berjaya dan berkuasa. 2 Timotius 3:16-17 menyatakan, “Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.”

Tujuan ketiga gereja ialah memuja Tuhan. Memuja ialah berterima kasih kepada Tuhan kerana kebaikan-Nya. Tuhan telah menyelamatkan kita. Tuhan membekalkan kita rahmat. Tuhan membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kita. Bolehkah kita tidak berterima kasih kepada Tuhan? Tuhan adalah suci, baik, penuh dengan kasih sayang, belas kasihan dan penuh rahmat. Wahyu 4:11 mengumumkan, "Ya Tuhan dan Allah kami! Engkau sahaja yang layak menerima kemuliaan, penghormatan, dan kekuasaan, kerana Engkaulah yang menciptakan segala sesuatu, dan dengan kehendak-Mu juga segala sesuatu itu wujud dan hidup."

3. Meluangkan masa setiap hari untuk menberi tumpuan kepada Tuhan.

Adalah sangat penting bagi kita meluangkan masa bersama Tuhan setiap hari. Ada orang yang menamakannya “masa persendirian”. Ada yang memanggilnya “masa kesetiaan”, kerana masa itu telah kita dedikasikan kepada Tuhan. Ada orang yang memilih waktu pagi, ada pula yang memilih waktu malam. Pada sebarang waktu pun boleh. Yang penting ialah kamu selalu meluangkan masa bersama Tuhan. Apakah yang perlu kamu lakukan pada masa itu?

(a) Berdoa. Doa ialah cara yang mudah untuk berhubung dengan Tuhan. Berbual dengan Tuhan mengenai beban fikiran dan masalah kamu. Minta Tuhan memberi kamu kebijaksanaan dan petunjuk. Minta Tuhan memenuhi keperluan kamu. Beritahu Tuhan bahawa kamu mengasihi-Nya dan menghargai kebaikan yang dilakukan-Nya kepada kamu. Semua ini ialah perkara yang penting dalam doa.

(b) Membaca Kitab Injil. Selain daripada mempelajari Kitab Injil di gereja – kamu perlu membaca Kitab Injil sendiri. Kitab Injil mengandungi semua maklumat yang perlu anda ketahui supaya anda boleh menjadi seorang Kristian yang berjaya. Kitab Injil mengandungi petunjuk Tuhan untuk membuat keputusan yang bijak, mengetahui hati Tuhan, bagaimana berhubung dengan orang lain, bagaimana meningkatkan rohani kamu. Kitab Injil ialah Firman Tuhan untuk kita. Kitab Injil ialah petunjuk Tuhan yang amat penting dan ia mengajar kita bagaimana hidup dengan cara yang menggembirakan Tuhan dan memenuhi kepuasan manusia yang baik.

4. Memupuk hubungan dengan orang yang dapat membantu rohani kamu.

1 Korintus 15:33 menyatakan, “Janganlah kamu tertipu! Persahabatan yang buruk merosakkan akhlak yang baik.” Kitab Injil penuh dengan amaran bahawa orang jahat akan memberi pengaruh yang buruk kepada kita. Kita akan tergoda untuk berbuat jahat jika bersama dengan orang yang melakukan aktiviti maksiat. Kelakuan mereka yang tidak baik akan mempengaruhi kita. Oleh itu adalah penting untuk kita berhubung dengan mereka yang mengasihi Tuhan dan taat setia kepada-Nya.

Cuba cari satu atau dua kawan, mungkin daripada gereja kamu, orang yang dapat membantu dan menggalakkan kamu (Ibrani 3:13; 10:24). Minta kawan kamu menggalakkan kamu bertanggungjawab kepada Tuhan dalam semua aspek kehidupan kamu. Kamu sendiri pun harus membantu orang lain. Hal ini tidak bermakna kamu perlu memutuskan hubungan dengan kawan-kawan yang tidak percaya kepada Yesus. Sebaliknya, kekalkan persahabatan dan kasihilah mereka. Biar mereka tahu bahawa Yesus telah mengubah nyawa kamu dan kamu tidak boleh mengikut semua perbuatan mereka. Minta Tuhan untuk memberi peluang kepada kamu supaya kamu boleh berkongsi dengan mereka mengenai kebaikan Yesus.

5. Pembaptisan.

Ramai orang salah faham terhadap pembaptisan. Perkataan “baptis” bermakna terendam di dalam air. Pembaptisan ialah satu upacara rasmi bagi Kristian untuk mengumumkan kepercayaan kamu dan dedikasi kamu terhadap Kristus. Perbuatan terendam ke dalam air bermakna dikebumikan bersama Yesus. Perbuatan keluar dari air bermakna kebangkitan daripada kematian. Pembaptisan menunjukkan kamu bersama Yesus melalui proses kematian, pengebumian dan kebangkitan (Roma 6:3-4).

Pembaptisan tidak akan menyelamatkan kamu. Pembaptisan tidak akan membersihkan dosa kamu. Pembaptisan hanya ialah langkah menunjukkan kesetiaan kamu, mengisytiharkan kepercayaan kamu kepada Yesus di hadapan orang ramai. Pembaptisan adalah penting kerana merupakan satu langkah untuk menunjukkan kesetiaan – mengumumkan kepercayaan kepada Kristus dan mendedikasikan diri kamu kepada-Nya. Jika kamu bersedia untuk dibaptis, beritahulah pastor gereja kamu.

Terdapatkah kehidupan selepas mati?

Terdapatkah kehidupan selepas mati?

Jawapan: Terdapatkah kehidupan selepas mati? Kitab Injil memberitahu kita bahawa, "Manusia dilahirkan lemah dan tidak berdaya, hidup mereka singkat dan susah. Manusia tumbuh lalu layu seperti bunga-bungaan dan menghilang seperti bayangan… Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup lagi? (Ayub 14:1-2, 14)

Seperti Ayub, ramai antara kita dicabar oleh soalan ini. Apakah sebenarnya yang akan berlaku kepada kita selepas mati? Adakah kita tidak akan wujud lagi? Adakah kehidupan merupakan sebuah pintu berputar yang membenarkan kita untuk kembali ke dunia ini bagi mencapai kebesaran diri? Adakah semua orang akan pergi ke tempat yang sama, atau ke tempat yang berlainan? Adakah neraka dan syurga nyata, atau hanya khayalan sahaja?

Kitab Injil bukan hanya mengatakan bahawa terdapat kehidupan selepas mati, tetapi juga kehidupan kekal yang mulia iaitu “Apa yang belum pernah dilihat atau didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh Allah untuk orang yang mengasihi Dia” (1 Korintus 2:9). Yesus Kristus, Tuhan dalam bentuk manusia, datang ke dunia ini untuk memberi kita hadiah dalam bentuk kehidupan kekal. “Tetapi dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya.” (Yesaya 53:5).

Yesus menggantikan kita untuk menerima hukuman dan mengorbankan nyawa-Nya. Tiga hari selepas kematian-Nya, Dia membuktikan kemenangan-Nya ke atas kematian dengan kebangkitan-Nya, dari segi rohani dan fizikal. Dia berada di dunia selama empat puluh hari dan ribuan orang menjadi saksi-Nya sebelum Dia naik ke Syurga, tempat kediaman kekal-Nya. Roma 4:25 menyatakan, “Yesus diserahkan untuk dibunuh kerana dosa kita; Dia dibangkitkan supaya kita boleh berbaik semula dengan Allah”.

Kebangkitan Yesus ialah peristiwa yang tercatat dalam sejarah. Rasul Paulus mencabar mereka yang meragui kebangkitan Yesus, tetapi tiada sesiapa yang dapat mencabar kebenaran-Nya. Kebangkitan Yesus ialah dasar kepercayaan orang Kristian; kerana Kristus hidup semula, maka kita percaya kita akan hidup semula juga.

Paulus menasihati orang Kristian terawal yang tidak percaya dengan kebangkitan Yesus: “Kami mengisytiharkan bahawa Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Mengapa beberapa orang di kalangan kamu berkata bahawa orang mati tidak akan dibangkitkan? Jika orang mati tidak dibangkitkan, hal itu bererti Kristus pun tidak dibangkitkan.” (1 Korintus 15:12-13).

Tetapi sebenarnya Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Itulah jaminan bahawa mereka yang sudah mati akan dibangkitkan juga. Hal itu demikian kerana sebagaimana kematian datang ke dunia melalui satu orang, begitu juga kebangkitan daripada kematian diberikan melalui satu orang. Sebagaimana semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus (1 Korintus 15:20-22). Allah sudah membangkitkan Tuhan Yesus daripada kematian, demikian juga Allah akan membangkitkan kita daripada kematian dengan kuasa-Nya (1Korintus 6:14).

Walaupun kita semua akan dibangkitkan, tetapi bukan semua orang akan pergi ke syurga. Satu keputusan mesti dibuat sekarang untuk menentukan destinasi kita selepas mati. Kita Injil menyatakan “Semua orang mesti mati satu kali dan setelah itu dihakimi oleh Allah” (Ibrani 9:27). Kemudian semua orang itu akan menderita hukuman yang kekal, sedangkan mereka yang melakukan kehendak Allah akan menerima hidup sejati dan kekal. (Matius 25:46).

Neraka, seperti syurga, bukan hanya wujud, tetapi merupakan suatu tempat yang nyata. Neraka ialah satu tempat di mana orang yang berdosa akan merasai kemarahan kekal daripada Tuhan. Mereka akan mengalami penyeksaan emosi, mental dan fizikal, menanggung kemaluan, penyesalan dan kehinaan secara sedar.

Neraka dijelaskan sebagai lubang yang sangat dalam (Lukas 8:31, Wahyu 9:1), dan suatu kolam berapi, yang dibakar dengan sulfur, di mana manusia di dalamnya akan diseksa siang malam selama-lamanya (Wahyu 20:10). Mereka semua akan dibuang ke dalam tempat pembakaran yang berapi. Di situ mereka akan menangis dan menderita. (Matius 13:42). Neraka ialah suatu tempat “di mana ulat tidak akan mati dan api tidak pernah padam” (Markus 9:48). Tuhan tidak suka melihat orang dosa mati. Dia lebih suka melihat mereka bertaubat dan hidup. (Yehezkiel 33:11). Namun Tuhan tidak akan memaksa kita patuh kepada-Nya; jika kita membuat pilihan untuk menolak Dia, Dia terpaksalah memberi kita hukuman yang kita mahu – iaitu terpisah daripada-Nya.

Kehidupan di dunia ialah satu ujian – satu persiapan bagi segala yang akan datang. Bagi penganut-penganut Kristianiti, segala yang akan datang ialah hidup kekal bersama Tuhan. Jadi bagaimana kita boleh dijadikan betul dan dapat menerima hidup kekal? Hanya satu cara – melalui kepercayaan dan keyakinan pada anak Tuhan, Yesus Kristus. Yesus berkata kepada Marta, "Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya.…" (Yohanes 11:25-26).

Hadiah percuma hidup kekal ini diberikan kepada semua orang, tetapi kita perlu menafikan keselesaan dunia ini dan mempersembahkan diri kita kepada Tuhan.

“Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu, Dia akan dihukum oleh Allah selama-lamanya." (Yohanes 3:36). Kita tidak akan diberi peluang untuk menyesali dosa kita selepas mati kerana pada masa itu, kita akan melihat Tuhan dan terpaksa mengakui kebenaran Tuhan. Tuhan ingin kita menerimanya melalui iman dan kasih. Jika kita mengakui dosa kita dan menerima Yesus sebagai penyelamat yang membayar denda dosa kita, kita dijanjikan hidup yang bermakna di dunia sekarang dan juga hidup kekal bersama Kristus di syurga.

Jika kamu hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat individu kamu dan dilahirkan semula, di sini ialah satu doa yang mudah. Ingat, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan iman anda di dalam Tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah memberikan kamu pengampunan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya bertaubat daripada dosa saya dan percaya bahawa hanya Yesus Kristus dapat memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amen!"

Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?

Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?

Jawapan: Adakah kamu pasti bahawa kamu mempunyai hidup yang kekal dan akan pergi ke syurga selepas mati? Tuhan mahu kamu mengetahui hal ini dengan pasti! Kitab Injil menyatakan: “Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu mempunyai hidup sejati dan kekal.”(1 Yohanes 5:13). Bayangkan kamu sekarang berdiri di hadapan Tuhan dan Dia bertanya kamu, “Mengapa Saya perlu benarkan kamu masuk ke syurga?” Kamu mungkin tidak tahu apa yang hendak dijawab. Kamu hanya perlu tahu bahawa Tuhan telah menyediakan satu cara yang memberitahu kita dengan pasti di mana kita akan berada selepas mati. Kitab Injil menyatakan: “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” (Yohanes 3:16).

Mula-mula, Kita perlu tahu apakah yang menghalang kita ke syurga. Masalahnya ialah – dosa semulajadi kita yang merosakkan hubungan kita dengan Tuhan. Kita ialah orang yang berdosa secara semulajadi dan juga mengikut suka hati sendiri. “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.”(Roma 3:23). Kita tidak boleh menyelamatkan diri sendiri. “Hal ini demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu.” (Efesus 2:8-9). Kita patut pergi ke neraka dan mati selama-lamanya kerana “Kematian adalah upah dosa” (Roma 6:23).

Tuhan adalah suci dan adil dan mesti menghukum dosa, tetapi Dia mengasihi kita dan menyediakan pengampunan dosa. “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6). Yesus mati untuk kita di atas salib: “Hal itu demikian kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan untuk selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya dia boleh memimpin kamu kepada Allah. Dia dibunuh dalam keadaan jasmani tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.” (1 Petrus 3:18). Yesus bangkit daripada kematian: “Yesus diserahkan untuk dibunuh kerana dosa kita; Dia dibangkitkan supaya kita boleh berbaik semula dengan Allah.” (Roma 4:25)

Maka, kembali kepada soalan asal - : “ Bagaimana saya boleh pasti bahawa saya akan pergi ke syurga selepas mati?” Jawapannya ialah – percayalah kepada Tuhan Yesus lalu kamu akan diselamatkan – kamu dan keluargamu (Kisah Para Rasul 16:31). “Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah” (Yohanes 1:12). Kamu boleh menerima hidup kekal sebagai hadiah percuma. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah” (Roma 6:23). Kamu boleh mempunyai hidup yang bermakna sekarang. Yesus berkata: “tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.” (Yohanes 10:10). Kamu boleh hidup kekal dengan Yesus di syurga, kerana Dia berjanji: “Setelah Aku pergi menyediakan tempat untuk kamu, Aku akan kembali lalu membawa kamu ke tempat-Ku, supaya kamu tinggal di tempat Aku tinggal.” (Yohanes 14:3).

Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan mendapat pengampunan daripada Tuhan, berikut ialah satu contoh doa yang kamu boleh lafazkan. Doa tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi kepercayaan kepada Yesus Kristus yang mendatangkan pengampunan dosa. Doa hanya satu cara untuk menunjukkan iman kamu kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah menyediakan pengampunan dosa. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya kepada Tuhan demi pengampunan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan itu! Amen!"

Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?

Adakah Yesus jalan tunggal ke syurga?


Jawapan: “Asalkan saya seorang yang baik, saya akan pergi ke syurga.” “OK, mungkin saya melakukan kejahatan juga, tetapi kebaikan yang saya lakukan lebih banyak, oleh itu saya akan pergi ke syurga.” “Tuhan tidak akan menghantar saya ke neraka walaupun saya tidak hidup mengikut ajaran Kitab Injil. Zaman telah berubah!” “Hanya orang yang amat jahat seperti perogol kanak-kanak dan pembunuh yang akan pergi ke neraka.”

Semua ini adalah fikiran logik kebanyakan orang, tetapi hakikatnya ialah, semua ini adalah pembohongan. Syaitan, pemerintah dunia ini, menanam fikiran seperti ini di dalam otak kita. Dia dan pengikut-pengikutnya adalah musuh Tuhan (1 Petrus 5:8). Syaitan selalu berpura-pura menjadi baik (2 Korintus 11:14), tetapi dia mengawal fikiran manusia yang tidak berpihak kepada Tuhan. “Mereka tidak mahu percaya kepada berita yang kami khabarkan, kerana Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup. Mereka tidak dapat melihat cahaya yang menyinari mereka. Cahaya itu daripada Berita Baik tentang kemuliaan Kristus, yang merupakan gambaran Tuhan.” (2 Korintus 4:4).

Adalah satu pembohongan jika kita percaya bahawa Tuhan tidak mempedulikan dosa kecil, dan bahawa neraka adalah untuk “orang yang amat jahat”. Semua dosa memisahkan kita daripada Tuhan, walaupun satu pembohongan kecil yang tidak berniat jahat. Semua orang telah berdosa, tiada sesiapa pun yang cukup baik untuk pergi ke Syurga dengan usaha sendiri (Roma 3:23). Kemasukan ke Syurga tidak bergantung kepada kebaikan kamu yang melebihi kejahatan kamu; kita semua akan gagal jika hal ini ialah kriterianya. “Pilihan Tuhan itu tidak berdasarkan perbuatan mereka, tetapi berdasarkan rahmat Tuhan. Jika pilihan Tuhan itu berdasarkan perbuatan manusia, maka rahmat Tuhan itu bukanlah rahmat yang sejati” (Roma 11:6). Kita tidak dapat melakukan apa-apa pun untuk mendapatkan jalan ke syurga (Titus 3:5).

“Masuklah melalui pintu yang sempit itu, kerana lebarlah pintu dan luaslah jalan menuju kepada kebinasaan, dan ramai orang yang masuk melaluinya” (Matius 7:13). Walaupun ramai orang hidup berdosa dan kepercayaan kepada Tuhan tidak popular, Tuhan tidak akan menerima alasan ini. “Kamu hidup di dalamnya, kerana kamu mengikut jalan dunia ini, kerana kamu mentaati penguasa kerajaan angkasa, iaitu roh yang sekarang sedang bekerja di antara orang durhaka” (Efesus 2:2).

Semasa Tuhan mencipta dunia ini, dunia adalah sempurna. Setiap benda adalah baik. Kemudian Tuhan mencipta Adam dan Hawa dan memberi mereka fikiran bebas supaya mereka boleh membuat keputusan untuk mengikut dan mematuhi Tuhan atau tidak. Tetapi Adam dan Hawa, manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan, digoda oleh Syaitan dan mengkhianati Tuhan dengan berdosa. Hal ini memisahkan mereka (termasuk kita yang merupakan keturunan mereka) daripada Tuhan maka kita tidak akan mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan. Tuhan adalah sempurna dan tidak akan berdekatan dengan dosa. Walau bagaimanapun, Tuhan menyediakan satu cara supaya kita dapat dihubungkan semula dengan-Nya di syurga. “Kerana Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal”.(Yohanes 3:16). “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus, Tuhan kita adalah anugerah Tuhan.” (Roma 6:23). Yesus dilahirkan di dunia ini supaya Dia dapat mengajar kita cara hidup yang betul dan mati untuk kita, Tiga hari selepas kematianNya, Dia bangkit daripada kubur (Roma 4:25), membuktikan bahawa Dia telah memenangi kematian. Dia menjadi satu jambatan di antara Tuhan dan manusia supaya kita boleh mempunyai hubungan peribadi dengan-Nya asalkan kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu.

“Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Kamu, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Kamu utus.”(Yohanes 17:3). Ramai orang yang percaya kepada Tuhan, begitu juga Syaitan. Tetapi untuk mendapat penyelamatan, kita perlu berpihak kepada Tuhan, mewujudkan satu hubungan peribadi, meninggalkan dosa dan mengikuti Tuhan. Kita mesti percaya kepada Yesus dengan segala yang kita ada dan kelakuan kita mesti berubah. “Kita dianggap betul oleh Tuhan apabila kita percaya bahawa Yesus Kristus akan membersihkan dosa kita. Kita semua boleh diselamatkan dengan cara ini, tidak kisah siapa kamu dan apa yang kamu telah lakukan dahulu” (Roma 3:22). Kitab Injil menyatakan tiada penyelamatan lain kecuali Yesus Kristus. Yesus berkata di Yohanes 14:6, “Sayalah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Saya.”

Yesus ialah jalan tunggal penyelamatan kerana hanya Dia yang boleh membayar denda dosa kita (Roma 6:23). Tiada agama lain yang mengajar bahawa akibat dosa adalah amat buruk seperti yang dikatakan oleh agama Kristian. Tiada agama lain yang boleh membekalkan bayaran untuk denda dosa seperti Yesus Kristus. Tiada “pengasas agama” yang menyatakan Tuhan menjadi manusia (Yohanes 1:1,14) – cara tunggal dimana hutang dosa yang amat besar boleh dibayar. Yesus mesti merupakan Tuhan supaya Dia boleh membayar hutang kita. Yesus mesti merupakan manusia supaya Dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! “Dan keselamatan tidak ada di dalam sesiapa pun selain di dalam Dia, kerana di bawah langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan”(Kisah Para Rasul 4:12).

Bagaimana saya boleh Berbaik-baik dengan Tuhan?

Bagaimana saya boleh Berbaik-baik dengan Tuhan?

Jawapan: Sebelum kita dapat berbaik-baik dengan Tuhan, kita mesti memahami apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “salah” terlebih dahulu. Jawapannya ialah “dosa”. “Tetapi semua orang sudah menyimpang dan sesat, tidak seorang pun melakukan yang baik.” (Mazmur 14:3). Kita telah menentang perintah Tuhan, “kita semua seperti domba yang sesat” (Yesaya 53:6).

Berita buruk ialah hukuman bagi dosa ialah kematian. “Nyawa setiap orang milik-Ku, baik nyawa bapa mahupun nyawa anak. Sesiapa yang berdosa, dialah yang akan mati” (Yehezkiel 18:4). Khabar baik ialah Tuhan yang pengasih mencari kita supaya kita boleh diselamatkan. Yesus mengumumkan tujuan Dia datang ke dunia ini adalah untuk “mencari dan menyelamatkan orang yang sesat” (Lukas 19:10). Dia juga menyatakan tujuannya telah tercapai semasa dia mati di atas salib. Dia berkata,“ Sudah selesai” (Yohanes 19:30).

Hubungan baik dengan Tuhan bermula dengan kamu mengakui dosa kamu. Kemudian bertaubat daripada dosa dengan rendah hati kepada Tuhan (Yesaya 57:15) dan berazam meninggalkan cara hidup yang berdosa. “Kerana kita sungguh-sungguh percaya, kita diterima oleh Allah sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan-Nya. Kerana kita mengakui Yesus di hadapan orang, kita diselamatkan.” (Roma 10:10).

Penyesalan ini mesti diikuti dengan kepercayaan. Khasnya, kepercayaan bahawa kematian sebagai korban dan kebangkitan ajaib Yesus yang melayakkan Dia menjadi Penyelamat anda. “Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9). Banyak petikan di dalam Kitab Suci menyatakan perlunya kepercayaan, seperti di Yohanes 20:27, Kisah Rasul-rasul 16:31, Galatia 2:16, 3:11, 26 dan Efesus 2:8.

Berbaik-baik dengan Tuhan ialah reaksi kamu kepada segala yang dilakukan oleh Tuhan demi kebaikan kamu. Tuhan menghantar Penyelamat ke dunia ini, untuk menyediakan pengorbanan bagi membersihkan dosa kamu (Yohanes 1:29), dan Dia juga berjanji bahawa “Pada masa itu, sesiapa yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.” (Kisah Para Rasul 2:21).

Satu gambaran penyesalan dan pengampunan dosa ialah cerita ibarat anak yang membazirkan harta bapanya (Lukas 15:11-32). Anak muda itu membazirkan harta bapanya dengan melakukan aktiviti-aktiviti berdosa (rangkap 13). Apabila dia menyesal dan mengaku kesalahan sendiri, dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah bapanya (rangkap 18). Dia ingatkan dia tidak akan diterima sebagai anak bapanya lagi (rangkap 19), tetapi kebimbangannya ternyata salah. Bapanya masih mengasihi anak yang nakal ini seperti dahulu (rangkap 20). Semua kesalahan telah diampuni dan sambutan diadakan untuk menyambut kepulangan anak ini (rangkap 24).

Tuhan selalu menunaikan janjinya dengan tepat, termasuk janji pengampunan dosa. “Tuhan dekat kepada orang yang tawar hati; Dia menyelamatkan mereka yang putus asa” (Mazmur 34:19).

Jika kamu hendak berbaik-baik dengan Tuhan, ikutilah doa yang mudah ini. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan anda, tetapi hanya kepercayaan pada Kristus yang akan menyelamatkan anda! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya bahawa Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu – iaitu hadiah kehidupan kekal dan bahagia! Amen!"

Apakah Empat hukum rohani?

Apakah Empat hukum rohani?

Jawapan: Empat hukum rohani ialah cara untuk menjelaskan berita baik penyelamatan melalui kepercayaan pada Yesus Kristus kepada orang lain. Kaedah ini ialah satu cara yang mudah untuk mengatur maklumat-maklumat penting dalam Berita Baik menjadi empat titik rujukan yang mustahak.

Hukum rohani pertama ialah, “Tuhan mengasihi kamu dan mempunyai satu rancangan yang baik untuk hidup kamu.” Yohanes 3:16 memberitahu kita, “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” Yohanes 10:10 menerangkan sebab-sebab Yesus datang ke dunia ini, “Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup iaitu hidup yang kelimpahan.” Apa yang menghalang kita daripada kasih Tuhan? Apa yang menyekat kita daripada mendapat hidup yang berlimpahan?

Hukum rohani kedua ialah, “Semua manusia dicemar oleh dosa maka terpisah daripada Tuhan. Akibatnya, kita tidak mengetahui rancangan Tuhan yang baik bagi kita.” Roma 3:23 mengesahkan fakta ini, “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.” Roma 6:23 menunjukkan akibat buruk dosa, “Kematian adalah upah dosa.” Tuhan mencipta kita supaya mempunyai hubungan yang baik dengan-Nya. Tetapi, manusia membawa dosa ke dunia ini, lalu terpisah dan bermusuhan dengan Tuhan. Persahabatan antara manusia dengan Tuhan telah dimusnahkan oleh dosa manusia. Apakah cara penyelesaiannya?

Hukum rohani yang ketiga ialah, “Yesus Kristus ialah penyelesaian yang disediakan oleh Tuhan bagi dosa kita. Melalui Yesus Kristus, dosa kita akan diampuni dan persahabatan dengan Tuhan dapat dipulihkan.” Roma 5:8 menyatakan, “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.” 1 Korintus 15:3-4 memberitahu kita segala yang perlu dilakukan dan dipercayai agar dapat diselamatkan, “Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam AlKitab. Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.” Yesus mengumumkan bahawa Dialah jalan tunggal untuk mendapat penyelamatan di Yohanes 14:6, “Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapatkan hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.” Bagaimana saya boleh mendapat hadiah yang terbaik ini?

Hukum rohani yang keempat ialah, “Kita mesti percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat agar mendapat hadiah penyelamatan dan mengetahui rancangan Tuhan yang baik dalam hidup kita.” Yohanes 1:12 menerangkan hakikat ini, “Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah.” Kisah Para Rasul 16:31 menjelaskan, “Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan – kamu dan keluargamu!” Kita hanya boleh diselamatkan dengan rahmat Allah, melalui kepercayaan kepada Yesus (Efesus 2:8-9).

Jika kamu hendak percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat, berdoalah kepada Tuhan seperti berikut. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi hanya kepercayaan kepada Kristus yang akan menyelamatkan kamu! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu – iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!"

Apakah rancangan penyelamatan?

Apakah rancangan penyelamatan?

Jawapan: Adakah kamu lapar? Bukan kelaparan dari segi fizikal, tetapi adakah kamu mempunyai kelaparan yang luar biasa? Terdapatkah sesuatu di dalam kamu yang belum berpuas hati? Jika ada, maka Yesus ialah penyelesaiannya! “Akulah roti yang memberikan hidup,” kata Yesus kepada mereka. “Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar dan orang yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga selama-lamanya.” (Yohanes 6:35).

Adakah kamu keliru? Mungkin kamu belum dapat mencari satu jalan atau tujuan hidup? Nampaknya macam terdapat orang yang mematikan lampu supaya kamu tidak dapat mencari suis lampu? Jika begitu, Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata lagi kepada orang Farisi, "Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup." (Yohanes 8:12).

Pernahkah kamu berasa hidup kamu bagai dikurung? Mungkin kamu telah cuba membuka banyak pintu, tetapi di belakang pintu-pintu itu hanya kekosongan dan tiada makna? Adakah kamu sedang mencari pintu masuk ke dalam hidup yang penuh bermakna? Jika ya, Yesus ialah Jalan itu! Yesus mengisytiharkan, “Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui Aku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk dan menjumpai padang rumput.” (Yohanes 10:9).

Adakah orang lain menyinggung perasaan anda? Adakah hubungan anda dengan orang lain menjadi tidak rapat dan terputus? Kadangkala orang lain nampaknya seperti hendak mengambil kesempatan terhadap anda? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata, “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya. Akulah gembala yang baik. Sebagaimana Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa, begitu juga Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka pun mengenal Aku.” (Yohanes 10:11,14).

Adakah anda bingung mengenai segala yang bakal terjadi selepas hidup ini? Adakah kamu cuba hidup untuk barang-barang yang boleh rosak dan reput? Adakah kamu kadangkala ragu dan percaya bahawa hidup tidak bermakna? Adakah kamu ingin meneruskan nyawa anda selepas mati? Jika ya, maka Yesus ialah Jalan itu! Yesus berkata kepada Marta, “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Adakah kamu percaya akan hal ini?” (Yohanes 11:25-26).

Apakah Jalan itu? Apakah kebenaran? Apakah hidup? Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6).

Kelaparan yang kamu rasai ialah kelaparan dari segi rohani yang hanya boleh dipenuhi oleh Yesus. Hanya Yesus boleh menghapuskan kegelapan. Yesus ialah pintu masuk ke hidup yang memuaskan. Yesus ialah kawan dan gembala yang kamu cari. Yesus ialah Nyawa dan hidup – dalam kehidupan sekarang dan selepas mati. Yesus ialah Jalan untuk mendapat penyelamatan.

Punca kamu berasa lapar, sesat dalam kegelapan dan tidak boleh melihat makna kehidupan adalah kerana kamu terpisah daripada Tuhan. Kitab Injil menyatakan kita semua telah berdosa dan dipisahkan daripada Tuhan (Pengkhotbah 7:20; Roma 3:23). Kekosongan yang kamu rasa dalam hati adalah akibat daripada ketidakhadiran Tuhan di dalam hidup kamu. Kita dicipta oleh Tuhan untuk mempunyai hubungan dengan-Nya. Oleh sebab dosa kita, maka hubungan kita dengan Tuhan telah terputus. Dan yang lebih buruk lagi ialah dosa kita akan menyebabkan kita terpisah daripada Tuhan selama-lamanya, dalam kehidupan sekarang dan juga selepas mati (Roma 6:23; Yohanes 3:36).

Bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini? Yesus ialah Jalan itu! Yesus menanggung dosa kita (2 Korintus 5:21), Yesus mati untuk kita (Roma 5:8), menerima hukuman yang patut kita tanggung. Selepas tiga hari, Yesus bangkit daripada kematian dan membuktikan bahawa Dia telah mengalahkan dosa dan kematian (Roma 6:4-5). Mengapa Dia berbuat begitu? Yesus menjawab, “Tidak terdapat kasih yang lebih besar daripada kasih seseorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya.”(Yohanes 15:13). Yesus mati supaya kita boleh hidup. Jika kita percaya kepada Yesus, yakin bahawa kematiannya mampu membayar denda bagi dosa kita – maka semua dosa kita akan diampuni dan dibersihkan. Maka kelaparan rohani kita akan dipenuhi. Cahaya lampu akan dinyalakan. Kita akan mendapat hidup yang bermakna. Kita akan mengenal Yesus sebagai kawan dan gembala yang benar dan terbaik. Kita yakin bahawa kita akan mendapat hidup kekal selepas mati – hidup yang kekal selama-lamanya di syurga bersama Yesus.

“Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.” (Yohanes 3:16)

Apakah maknanya menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu kamu?

Apakah maknanya menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu kamu?

Jawapan: Adakah kamu telah menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat individu kamu? Sebelum kamu menjawab, benarkan saya menjelaskan soalan ini. Untuk memahami soalan ini dengan tepat, kamu mesti faham makna “Yesus Kristus”, “individu” dan “Penyelamat”.

Siapanya Yesus Kristus? Ramai orang menganggap Yesus Kristus sebagai seorang manusia yang baik, atau salah seorang Nabi Tuhan. Semua ini memang betul mengenai Yesus, tetapi keterangan ini tidak tepat. Kitab Injil mengatakan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk badan manusia, Tuhan menjadi manusia (lihat Yohanes 1:1,14). Tuhan datang ke dunia untuk mengajar kita, mengubati kita, memperbetulkan kita, mengampuni kita – dan mati untuk kita! Yesus Kristus ialah Tuhan, Pencipta alam, Tuhan yang berdaulat. Sudahkah kamu menerima Yesus ini?

Apakah Penyelamat dan mengapa kita perlukan Penyelamat? Kitab Injil memberitahu kita bahawa kita telah berdosa, kita semua melakukan maksiat (Roma 3:10-18). Akibatnya, kita patut menerima kemurkaan dan pengadilan Tuhan. Pengadilan yang sepadan dengan dosa yang dilakukan terhadap Tuhan yang abadi ialah hukuman yang tiada penghabisan (Roma 6:23; Wahyu 20:11-15). Ha; inilah sebabnya kita perlukan Penyelamat!

Yesus Kristus, datang ke dunia dan mati untuk kita. Kematian Yesus, Tuhan dalam bentuk manusia, adalah sebagai tebusan bagi dosa kita yang tidak terhad (2 Korintus 5:21). Yesus mati untuk menanggung dosa kita (Roma 5:8). Yesus membayar harga itu supaya kita tidak perlu membayar lagi. Kebangkitan Yesus membuktikan kematiannya cukup untuk membayar denda dosa kita. Oleh itu Yesus ialah Penyelamat yang tunggal (Yohanes 14:6; Kisah Para Rasul 4:12)! Adakah kamu yakin terhadap Yesus sebagai Penyelamat anda?

Adakah Yesus “Penyelamat Peribadi” anda? Ramai orang menganggap agama Kristian adalah hanya menghadiri gereja, mengamalkan upacara agama, tidak berbuat jahat. Semua ini bukan agama Kristian yang sebenar. Agama Kristian yang benar ialah hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Menerima Yesus sebagai penyelamat anda bermakna meletakkan kepercayaan dan keyakinan pada Yesus. Tiada sesiapa yang boleh diselamatkan melalui kepercayaan pada seseorang. Tiada sesiapa yang boleh diampuni selepas berdosa. Hanya terdapat satu cara anda boleh diselamatkan iaitu menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu, percaya bahawa kematian-Nya mampu membayar denda dosa kamu, dan yakin bahawa kebangkitan-Nya menjamin nyawa abadi di dunia akhirat (Yohanes 3:16). Sudahkah anda menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu anda?

Jika kamu ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat Individu anda, ikutilah satu doa contoh di sini. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi hanya kepercayaan kepada Kristus yang akan menyelamatkan kamu! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu – iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!"

Bagaimana menerima pengampunan dosa daripada Tuhan?

Bagaimana menerima pengampunan dosa daripada Tuhan?

Jawapan: Kisah Para Rasul 13:38 memaklumkan, “Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua.”

Apakah pengampunan dosa dan mengapa saya memerlukannya?

Perkataan “ampun” bermakna melupakan segala yang lepas, memaafkan, membatalkan hutang. Apabila kita melakukan kesalahan ke atas orang, kita meminta maaf supaya hubungan dengannya dapat dipulihkan. Pengampunan dosa bukan diberikan atas sebab orang itu berhak untuk dimaafkan. Tiada sesiapa pun berhak untuk dimaafkan. Pengampunan dosa ialah satu tindakan kasih sayang, belas kasihan dan rahmat. Pengampunan ialah satu keputusan untuk tidak berdendam terhadap seseorang, tanpa mengambil kira segala yang telah dilakukan terhadap kamu.

Kitab Injil memberitahu kita bahawa kita semua memerlukan pengampunan dosa daripada Tuhan. Kita semua telah berdosa. Pengkhutbah 7:20 menyatakan, “Di bumi tiada seorang pun yang selalu berbuat baik dan tidak pernah melakukan kesalahan!” 1 Yohanes 1:8 menyatakan, “Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri dan Allah tidak ada di dalam kita.” Semua dosa adalah perbuatan menentang Tuhan (Mazmur 51:4). Akibatnya, kita amat memerlukan pengampunan Tuhan. Jika dosa kita tidak diampuni, kita akan menderita selama-lamanya disebabkan berdosa (Matius 25:46; Yohanes 3:36).

Pengampunan – Bagaimana saya mendapatnya?

Bersyukurlah, Tuhan yang penyayang dan pemurah – bersedia untuk mengampuni dosa kita! 2 Petrus 3:9 menyatakan, “Tuhan tidak terlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.” Tuhan berhasrat memaafkan kita, oleh itu Dia menyediakan pengampunan untuk kita.

Hukuman yang adil ke atas dosa kita ialah kematian. Bahagian separuh pertama Roma 6:23 menyatakan, “Kematian adalah upah dosa..” Kematian abadi adalah upah yang kita terima akibat daripada dosa kita. Tuhan, di dalam rancangan sempurna-Nya, menjadi seorang manusia – Kristus Yesus (Yohanes 1:1,14). Yesus mati di atas salib, memikul hukuman mati bagi pihak kita. 2 Korintus 5 :21 mengajar kita, “Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus.” Yesus mati di atas salib, memikul hukuman mati kita! Sebagai Tuhan, kematian Yesus memberikan pengampunan dosa bagi seluruh dunia. 1 Yohanes 2:2 memaklumkan, “Melalui Kristuslah dosa kita diampunkan, dan bukannya dosa kita sahaja, tetapi juga dosa semua orang.” Yesus bangkit daripada kematian, mengumumkan kemenangannya mengatasi dosa dan kematian (1 Korintus 15:1-28). Puji Tuhan, melalui kematian dan kebangkitan Kristus Yesus, bahagian separuh kedua Roma 6:23 adalah benar, “…tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.”

Adakah kamu inginkan dosa kamu diampuni? Adakah kamu sentiasa mempunyai rasa bersalah yang tidak dapat diatasi? Pengampunan dosa tersedia jika kamu percaya kepada Kristus Yesus sebagai penyelamat kamu. Efesus 1:7 menyatakan, “Hal ini demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita. Alangkah mulianya rahmat Allah.” Yesus telah membayar hutang kita, supaya kita dapat diampuni. Apa yang kamu perlu buat ialah meminta Tuhan untuk mengampuni kamu melalui Yesus, percaya Yesus mati kerana hendak menebus dosa kamu – maka Tuhan pasti akan mengampuni kamu! Yohanes 3:16-17 mengandungi berita yang mengagumkan ini, “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.”

Pengampunan – begitu senang sahaja?

Ya, begitu senang! Kamu tidak dapat membeli pengampunan daripada Tuhan. Kamu tidak dapat membayar pengampunan daripada Tuhan. Kamu hanya boleh menerimanya, dengan iman, melalui rahmat dan belas kasihan Tuhan. Jika kamu hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat kamu dan menerima pengampunan daripada Tuhan, maka berdoalah begini. Melafazkan doa ini atau doa-doa lain tidak dapat menyelamatkan kamu. Hanya kepercayaan kepada Yesus Kristus yang boleh memberikan pengampunan dosa. Doa hanya satu cara untuk menunjukkan kepada Tuhan bahawa kamu percaya kepada-Nya dan berterima kasih kepada Tuhan kerana menyediakan pengampunan dosa. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya kepada Tuhan untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan itu! Amen!"

Terdapatkah kehidupan abadi?

Terdapatkah kehidupan abadi?

Jawapan: Kitab Injil menunjukkan satu jalan jelas yang menuju ke hidup abadi. Pertama, kita perlu mengaku bahawa kita telah berdosa terhadap Tuhan: “Kerana semua orang telah berdosa dan telah kehilangan kemuliaan Tuhan” (Roma 3:23). Kita semua pernah melakukan sesuatu yang tidak diterima oleh Tuhan, hal ini akan menyebabkan kita dihukum dengan sewajarnya. Kerana kita berdosa terhadap Tuhan yang abadi, maka hukumannya juga akan abadi. “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus, Tuhan kita adalah anugerah Tuhan” (Roma 6:23).

Namun begitu, Kristus Yesus, yang tidak berdosa (1 Petrus 2:22), Anak Tuhan yang abadi menjadi seorang manusia (Yohanes 1:1,14) dan mati untuk menebus dosa kita. “Tetapi Tuhan telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa” (Roma 5:8). Kristus Yesus mati di atas salib (Yohanes 19:31-42), mangambil alih hukuman yang kita perlu terima (2 Korintus 5:21). Selepas tiga hari, dia bangkit semula daripada kematian (1 Korintus 15:1-4), membuktikan Dia telah menewaskan dosa dan kematian. “Terpujilah Tuhan dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang kerana rahmat-Nya yang besar telah mengurniai kita hidup yang baru melalui kebangkitan Yesus Kristus dari kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita” (1 Petrus 1:3).

Melalui iman, kita mesti bertaubatlah daripada dosa dan kembalilah kepada Kristus untuk mendapat penyelamatan (Kisah Para Rasul 3:19). Jika kita mempunyai iman, percaya bahawa kematiannya di atas salib boleh menebus dosa kita, kita akan diampuni dan dijanji kehidupan abadi di syurga. “Kerana Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16). “Kerana jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahawa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahawa Tuhan telah membangkitkan Dia dari kematian, maka kamu akan diselamatkan” (Roma 10:9). Hanya iman ke atas kerja yang dilakukan oleh Kristus di atas salib ialah jalan yang menuju ke hidup abadi! “Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri” (Efesus 2:8-9).

Jika anda hendak menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat anda, ikutlah di sini satu doa contoh. Ingat, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan iman anda di dalam Tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Dia memberikan kamu penyelamatan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya bertaubat daripada dosa saya dan meletakkan kepercayaan pada Kristus untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amen!"

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini”.

Adakah Alkitab relevan untuk hari ini?

Adakah Alkitab relevan untuk hari ini?

Jawapan: Ibrani 4:12 berkata, “Sebab firman Allah hidup dan kuat dan lebih tajam dari pada pedang bermata dua mana pun; ia menusuk amat dalam sampai memisahkan jiwa dan roh, sendi-sendi dan sumsum; ia sanggup membedakan pertimbangan dan pikiran hati kita.” Walaupun Alkitab telah selesai ditulis lebih kurang 1900 tahun yang lalu, ketepatan dan kesesuaiannya untuk hari ini tetap tidak berubah. Alkitab merupakan satu-satunya sumber yang ada pada kita tentang wahyu Allah berhubung diri-Nya dan rancangan-Nya untuk umat manusia.

Alkitab mempunyai banyak maklumat tentang alam semulajadi yang telah dibuktikan melalui pemerhatian dan penyelidikan saintifik. Beberapa daripada bahagian-bahagian Firman Tuhan itu termasuklah Imamat 17:11; Pengkhotbah 1:6-7; Ayub 36:27-29; Mazmur 102: 25-27 dan Kolose 1: 16-17. Dalam penyingkapan rancangan penyelamatan Allah bagi umat manusia, banyak watak-watak yang berbeza telah dihuraikan dengan sangat jelas dalam Alkitab. Dalam huraian itu Alkitab memberikan banyak maklumat tentang perilaku dan kencenderungan manusia. Pengalaman kita setiap hari memberitahu kita bahawa maklumat tentang manusia yang terdapat dalam Alkitab adalah lebih tepat berbanding buku-buku teks ilmu psikologi. Banyak fakta-fakta sejarah yang tertulis dalam Alkitab telah diteguhkan oleh maklumat-maklumat di luar Alkitab. Penyelidikan sejarah sering menunjukkan satu persamaan di antara peristiwa dalam Alkitab dengan apa yang terjadi di luar Alkitab.

Bagaimanapun, Alkitab bukanlah satu buku sejarah, bukan juga buku psikologi atau satu jurnal saintifik. Alkitab merupakan tempat di mana Tuhan memberikan penjelasan tentang Siapa Dia, keinginan-keinginan-Nya dan rancangan-Nya untuk umat manusia. Bahagian yang paling penting dalam wahyu Tuhan adalah tentang terpisahnya kita daripada Tuhan akibat dosa dan jalan penyelesaian yang Tuhan berikan untuk memulihkan persekutuan dengan Dia melalui korban Anak-Nya, Yesus Kristus. Keperluan kita terhadap penebusan tidak berubah. Demikian juga dengan kerinduan Tuhan untuk memperdamaikan kita dengan diri-Nya juga tidak berubah.

Adakah Alkitab mengandungi percanggahan?

Adakah Alkitab mengandungi kesalahan-kesalahan, pertentangan-pertenganan atau percanggahan?


Jawapan: Sekiranya kita membaca Alkitab tanpa ada kecenderungan yang sedia ada untuk mencari kesalahan, maka kita akan mendapati bahawa Alkitab sebagai jelas, bersifat tetap dan satu buku yang memang mudah untuk difahami. Ya, ada bahagian-bahagian yang susah untuk dimengerti. Ya, ada ayat-ayat yang nampaknya seperti saling bertentangan di antara satu dengan yang lain. Kita mesti ingat bahawa Alkitab itu telah ditulis oleh lebih daripada sekitar 40 orang penulis dalam jangka waktu 1500 tahun. Setiap penulis menulis dengan gaya tulisan yang berbeza, dari sudut pandangan yang berbeza, kepada pembaca yang berbeza dengan tujuan yang berbeza pula. Kita boleh menjangka beberepa perbezaan kecil. Namun, satu perbezaan bukanlah satu pertentangan. Ia hanya pasti satu kesalahan apabila tiada jalan penyelesaian di antara dua ayat atau bahagian Firman yang dikatakan sebagai bertentangan. Walaupun jawaban belum dapat diberikan sekarang, itu bukan bererti jawaban itu tidak wujud. Ramai telah mendapati bahawa apa yang dipandang salah dalam sejarah dan geografi Alkitab akhirnya mendapati bahawa Alkitab itu betul melalui penemuan-penemuan arkeologi yang baru.

Kita sering diperhadapkan dengan petanyaan yang berbunyi “Jelaskan pertentangan ini” atau ”Lihat, ini satu kesalahan dalam Alkitab!” Kita akui, beberapa perkara yang telah diketengahkan orang memang susah untuk dijawab. Bagaimanapun, kita tetap bertegas bahawa pasti ada jawaban dan penjelasan yang masuk akal kepada setiap apa yang dilihat sebagai pertentangan dan kesalahan dalam Alkitab. Ada terdapat buku-buku dan laman web yang menyenaraikan “semua kesalahan dalam Alkitab.” Kebanyakan orang mendapat peluru mereka untuk menyerang Alkitab dari tempat-tempat ini; sedangkan mereka sendiri tidak ada menemukan apa yang disebut sebagai kesalahan dalam Alkitab. Ada juga buku-buku dan laman web yang membuktikan apa yang disenaraikan sebagai kesalahan Alkitab itu sebenarnya tidak betul. Perkara yang sangat menyedihkan adalah tentang orang-orang yang menyerang Alkitab sebenarnya tidak berminat untuk mendapatkan sebarang penjelasan. Ramai “penyerang-penyerang Alkitab” memang sedar dengan jawaban-jawaban yang ada, tetapi mereka terus menggunakan serangan lapuk dan yang cetek itu berulang kali.

Jadi, apakah yang patut kita lakukan apabila seseorang mendekati kita dengan membawa satu tuduhan tentang kesalahan Alkitab? 1) Selidikilah bahagian ayat yang dipertikaikan dengan banyak berdoa dan perhatikan samada terdapat satu penyelesaian yang mudah. 2) Buatlah satu penyelidikan menggunakan tafsiran-tafsiran Alkitab yang baik dan laman web penyelidikan Alkitab. 3) Tanya pastor/pemimpin gereja samada mereka boleh memberikan penyelesaian. 4) Sekiranya jawaban masih juga belum ditemui setelah langkah-langkah 1 sehingga 3, maka kita percaya Firman-Nya adalah kebenaran dan pasti ada penyelesaiannya, hanya belum ditemukan. (2 Timotius 2:15, 3:16-17)

Apakah makna kehidupan?

Apakah makna kehidupan?


Jawapan:Bagaimana saya dapat mencari tujuan dan kepuasan hidup? Adakah saya mampu mencapai sesuatu yang senantiasa bermakna? Begitu ramai orang tidak berhenti bertanya mengenai makna kehidupan. Mereka mengimbas kembali selepas beberapa tahun dan bingung mengapa hubungan telah terputus dan mengapa masih terasa kekosongan jiwa walaupun telah mencapai tujuan mereka. Seorang pemain besbol yang berjaya telah ditanya apakah nasihat yang dia hendak terima daripada orang lain semasa dia mula-mula bermain besbol? Dia menjawab, “Saya harap ada orang yang memberitahu saya bahawa apabila kamu sudah mencapai tahap tertinggi, kamu akan dapati bahawa tiada apa-apa pun di sana!” Banyak orang masih terasa kekosongan jiwa selepas beberapa tahun berusaha mencapai tujuan mereka.

Dalam masyarakat kita, ramai orang yang mengejar tujuan mereka dan berpendapat bahawa mereka akan mencapai makna kehidupan melalui usaha mereka. Segala yang mereka kejar termasuklah: kejayaan dalam perniagaan, kekayaan, hubungan yang baik, seks, hiburan, berbuat baik terhadap orang lain dan sebagainya. Tetapi terdapat ramai orang memberi saksi bahawa setelah mereka mencapai tujuan, kekayaan, hubungan yang baik dan keseronokan, masih terdapat kekosongan dalam hati – satu perasaan yang tidak dapat dipenuhi oleh apa-apa pun.

Penulis buku Pengkhotbah mengatakan bahawa perasaan kekosongan inilah yang dialami olehnya, “Semuanya sia-sia, kata Pengkhotbah, semuanya sia-sia dan tidak bermakna.” Penulis ini telah mendapat kekayaan, kepandaian yang jauh lebih tinggi daripada orang lain, beratus-ratus perempuan, istana dan kebun bunga yang cantik, makanan dan minuman yang sedap, dan memiliki semua jenis hiburan yang diingini. Tetapi dia membuat keputusan bahawa “kehidupan di dunia ini” (kehidupan ialah segala yang kita boleh lihat dan rasa dengan deria kita) adalah tidak bermakna! Mengapa terdapat kekosongan? Hal ini adalah disebabkan Tuhan mencipta kita bagi sesuatu yang melebihi segala yang kita boleh alami buat masa sekarang. Solomon mengatakan mengenai Tuhan, “Dia menanam keabadian di dalam hati semua manusia…” Hati kita mengetahui dengan ketara bahawa segala yang ada sekarang tidak sempurna lagi.

Dalam buku Kejadian, buku pertama Kitab Injil, kita mendapati bahawa Tuhan mencipta manusia mengikut rupa bentuknya sendiri (Kejadian 1:26). Hal ini bermakna kita lebih mirip Tuhan daripada benda-benda lain. Kita dapati bahawa sebelum manusia berdosa dan dunia ini dikutuk oleh Tuhan, perkara berikut adalah benar: (1) Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk sosial (Kejadian 2:18-25); (2) Tuhan memberi manusia kerja (Kejadian 2:15); (3) Tuhan mempunyai hubungan yang baik dengan manusia (Kejadian3:8); (4) Tuhan memberi manusia kuasa untuk memerintah dunia (Kejadian 1:26). Apakah makna semua ini? Saya yakin bahawa semua ini adalah cara Tuhan menambah makna ke dalam hidup manusia, tetapi kesemua ini (khasnya hubungan baik dengan Tuhan) telah termusnah setelah manusia berdosa dan membawa kutukan ke atas dunia (Kejadian 3).

Di dalam buku Wahyu, buku terakhir Kitab Injil, akhirnya selepas banyak perkara berlaku, Tuhan akan memusnahkan dunia sekarang dan mencipta sebuah dunia yang baru untuk kehidupan abadi. Pada masa itu, Dia akan memulihkan hubungan yang baik dengan manusia dan mengampuni dosa manusia. Terdapat sebahagian besar manusia yang setelah diadili dan didapati tidak layak akan dibuang ke dalam tasik berapi (Wahyu 20:11-15). Dan kutukan ke atas dosa akan dihapuskan; pada masa itu tiada lagi dosa, kesakitan, kesedihan, kematian dan tangisan (Wahyu 21:4). Semua orang yang percaya akan memperoleh restu Tuhan; Tuhan akan hidup bersama mereka, dan mereka akan menjadi anak Tuhan (Wahyu 21:7). Oleh itu, berbalik kepada semua yang kita katakan tadi, Tuhan mencipta kita untuk menikmati hubungan yang baik dengan-Nya; tetapi manusia berdosa dan merosakkan hubungan itu; Tuhan memulihkan hubungan itu sepenuhnya dan menyelamatkan mereka yang percaya kepada Berita Baik. Sekarang, kehidupan yang boleh mencapai kejayaan di dunia tetapi terpisah daripada Tuhan secara kekal adalah kehidupan yang paling buruk! Tetapi Tuhan memberi kita satu jalan untuk mendapat restu yang kekal (Lukas 23:43), dan juga kehidupan yang bermakna buat masa sekarang. Sekarang, apakah restu kekal ini dan bagaimana “syurga di bumi” boleh dicapai?

Makna kehidupan dipulihkan melalui Yesus Kristus.

Seperti yang dikatakan tadi, makna sebenar kehidupan sekarang dan di dunia akhirat boleh didapati melalui hubungan Tuhan-manusia yang dipulihkan selepas termusnah semasa Adam dan Hawa berdosa. Sekarang, hubungan baik dengan Tuhan adalah mungkin melalui Anak Tuhan Yesus Kristus (Kisah 4:12; Yohanes 14:6; 1:12). Kehidupan abadi diperoleh apabila seseorang itu mengaku salah (tidak akan membuat salah dan membenarkan Yesus mengubah nyawanya) dan bergantung kepada Yesus sebagai Penyelamat individu-Nya (baca soalan “Apakah rancangan penyelamatan?” untuk maklumat lanjut).

Sekarang, makna sebenar kehidupan bukan sahaja didapati apabila seseorang menerima Yesus sebagai Penyelamat individu, tetapi juga apabila orang itu mengikut and mematuhi ajaran Yesus dan menjadi pengikut-Nya, belajar daripada Yesus, membaca Kitab Injil, berhubungan dengan Yesus melalui doa dan berjalan dengan Yesus dan mematuhi semua perintah-Nya. Jika kamu belum percaya (atau baru percaya), kamu mungkin berkata, “Hal ini tidak kelihatan menakjubkan dan memuaskan bagi saya!” Tetapi sila terus membaca, Yesus berkata bahawa:

“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.” (Matius 11:28-30). “Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.”(Yohanes 10:10). “Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati.” (Matius 16:24-25). “Carilah kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.”(Mazmur 37:4).

Maknanya ialah kita mempunyai pilihan. Kita boleh mencari jalan sendiri untuk menjalani hidup kita (akibatnya ialah hidup yang kekosongan) atau kita boleh memilih untuk mengikut Tuhan dan membiarkan Tuhan memimpin kita (akibatnya ialah kita akan berasa puas hati dengan seluruh hidup kita, keinginan kita dipenuhi dan hidup penuh bermakna). Hal ini boleh dicapai kerana Tuhan mengasihi kita dan memberikan kita restu (bukan kehidupan yang senang, tetapi kehidupan yang penuh bermakna).

Sebagai penutup, saya hendak memberi satu contoh daripada seorang rakan saya yang merupakan pastor. Jika kamu seorang peminat sukan dan hendak menonton satu perlawanan profesional, kamu boleh membeli tiket yang murah iaitu sebanyak beberapa ringgit dan duduk di bahagian belakang stadium, atau kamu boleh membayar beratus ringgit dan duduk di hadapan supaya dekat dengan perlawanan itu. Begitu juga dengan kehidupan Kristian. Melihat Tuhan secara dekat bukan untuk orang yang hanya menjadi Kristian pada hari Ahad. Mereka tidak membayar harga yang tinggi. Melihat Tuhan secara dekat adalah bagi pengikut Yesus yang ikhlas yang berhenti mengejar tujuan sendiri dan mengejar tujuan yang diajar oleh Tuhan. Mereka membayar harga tiket yang tinggi (meletakkan diri di tangan Kristus dan mematuhi ajaran-Nya); mereka menikmati hidup yang bermakna; dan mereka bangga melihat diri mereka, orang lain dan Tuhan tanpa perasaan kesal! Sudahkah kamu membayar harga itu? Sudikah kamu berbuat begitu? Jika Ya, kamu tidak akan berasa kekosongan atau mengalami kelaparan mencari makna kehidupan lagi.

Adakah Kitab Injil benar-benar Firman Tuhan?

Adakah Kitab Injil benar-benar Firman Tuhan?

Jawapan: Jawapan kepada soalan ini bukan sahaja menunjukkan pandangan kita terhadap Kitab Injil dan kepentingannya dalam hidup kita, malah akan mempengaruhi kita sepanjang masa. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka kita perlu menghargai, mengkaji dan akhirnya percaya kepadanya. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka menafikan kitab Injil adalah sama dengan menafikan Tuhan sendiri.

Hakikat mengenai Tuhan dalam Kitab Injil telah membuktikan kasih-Nya kepada kita. Perkataan Wahyu bermakna Tuhan berhubung dengan manusia untuk memberitahu kita siapakah Dirinya dan bagaimana kita boleh mempunyai hubungan baik dengan Tuhan. Perkara-perkara itu tidak akan diketahui oleh manusia jika Tuhan tidak memberikan Wahyu melalui Kitab Injil. Walaupun Wahyu Tuhan di dalam Kitab Injil diberikan secara berperingkat selama 1500 tahun, ia mengandungi semua maklumat penting mengenai Tuhan supaya kita dapat mempunyai hubungan baik dengan-Nya. Jika Kitab Injil benar-benar firman Tuhan, maka ia adalah kewibawaan muktamad ke atas kepercayaan, peraturan agama dan akhlak kita.

Soalan yang patut kita tanya ialah bagaimana kita boleh pasti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan dan bukan hanya sebuah buku yang baik. Apakah sifat Kitab Injil yang unik yang membezakannya daripada buku-buku agama yang lain. Terdapatkah bukti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan yang benar? Soalan-soalan inilah yang patut kita kaji jika kita benar-benar ingin mengetahui sama ada kitab Injil itu Firman Tuhan, diberikan oleh Tuhan dan ajarannya lengkap untuk kepercayaan dan amalan agama.

Hakikatnya, Kitab Injil memang mengaku bahawa ia Firman Tuhan. 2 Timotius 3:15-17 dengan jelas menyatakan, “Dan sejak kecil lagi engkau telah mengenal Alkitab. Alkitab itu boleh memberi engkau kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Kristus Yesus. Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.”

Untuk menjawab soalan-soalan ini kita perlu melihat bukti dalaman dan luaran. Bukti dalaman ialah kandungan Kitab Injil yang mempersaksikan bahawa ia berasal daripada Tuhan. Satu bukti dalaman yang membuktikan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan ialah kesatuannya. Walaupun kitab Injil terdiri daripada 66 buah buku yang berasingan dan ditulis di tiga benua, dalam bahasa yang berlainan, dalam masa 1500 tahun, oleh 40 penulis-penulis (daripada latar belakang yang berbeza), kandungan Kitab Injil masih mempunyai kesatuan dari permulaan hingga akhir tanpa percanggahan. Kesatuan ini adalah keunikan yang tidak terdapat di dalam buku-buku lain dan membuktikan bahawa asalnya adalah daripada Tuhan yang membantu manusia untuk menulis firman-Nya secara tepat.

Satu lagi bukti dalaman yang menunjukkan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan boleh dilihat daripada nubuat-nubuat yang teliti di dalamnya. Kitab Injil mengandungi beratus-ratus nubuat terperinci mengenai masa depan negara seperti Israel, masa depan bandar-bandar tertentu, masa depan manusia dan meramal kedatangan Messiah, penyelamat Israel dan dunia. Berbeza daripada nubuat dalam buku agama yang lain seperti Nostradamus, nubuat Kitab Injil adalah amat terperinci dan tidak pernah gagal. Terdapat 300 nubuat-nubuat mengenai Yesus Kristus di dalam Kitab Zabur. Bukan sahaja menyatakan tempat Yesus akan dilahirkan dan siapakah ahli keluarganya, malah bagaimana Dia akan mati dan bangkit semula selepas tiga hari. Tiada cara lain yang boleh menjelaskan nubuat-nubuat yang berlaku kecuali Kitab Injil itu betul-betul berasal daripada Tuhan. Tiada buku-buku agama lain yang mempunyai nubuat-nubuat seperti Kitab Injil.

Bukti dalaman yang ketiga ialah kewibawaan dan kekuasaannya yang unik. Walaupun bukti ini adalah lebih subjektif berbanding dengan kedua-dua bukti yang dinyatakan di atas, ia masih merupakan kesaksian yang berkuasa dan menunjukkan bahawa Kitab Injil berasal daripada Tuhan. Kitab Injil menpunyai kekuasaan yang unik dan berlainan daripada buku-buku agama lain. Kuasanya boleh dilihat daripada kehidupan orang ramai yang berubah selepas mereka membaca kitab Injil. Penagih dadah diubati, banduan yang berhati keras menjadi baik, orang yang berdosa ditegur, dan kebencian ditukar menjadi kasih. Kitab Injil mempunyai kuasa yang dinamik dan menyentuh hati manusia, hal ini hanya boleh dilakukan oleh Tuhan.

Selain daripada bukti dalaman, terdapat juga bukti luaran. Salah satu bukti ialah peristiwa sejarah dalam Kitab Injil. Kitab Injil menyatakan peristiwa dalam sejarah dengan terperinci maka ketepatan dan kebolehpercayaannya boleh disemak seperti buku sejarah yang lain. Melalui bukti-bukti kaji purba dan buku-buku sejarah lain, catatan sejarah Kitab Injil kerap terbukti tepat. Manuskrip kaji purba menyokong Kitab Injil dan menjadikannya sebuah buku yang boleh dipercayai sejak dari zaman dulu. Hakikat bahawa Kitab Injil menulis dengan tepat perkara-perkara dalam sejarah menunjukkan kebolehpercayaannya berkaitan dengan subjek agama dan doktrin kepercayaan, hal ini membantu menyokong hakikat bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan.

Satu lagi bukti luaran ialah integriti penulis-penulisnya. Seperti yang dikatakan dahulu, Tuhan menggunakan manusia yang berlainan latar belakang untuk menulis firman-Nya. Apabila kehidupan penulis-penulis itu dikaji, didapati bahawa mereka adalah orang yang jujur dan ikhlas maka boleh dipercayai. Kajian ke atas hidup mereka dan hakikat bahawa mereka sudi mati (dengan diseksa) untuk kepercayaan mereka, jelaslah menunjukkan bahawa manusia yang biasa itu benar-benar percaya Tuhan telah bercakap dengan mereka. Mereka yang menulis Kitab Injil dan pengikut-pengikut Yesus percaya akan Kitab Injil kerana mereka bersama dengan Yesus dan pernah melihat Yesus selepas Dia bangkit daripada kematian (1 Korintus 15:6). Kebangkitan Yesus memberi pengaruh yang kuat ke atas pengikutnya. Mereka tidak takut sehingga bersembunyi lagi, tetapi sudi mati untuk Tuhan yang menurunkan Wahyu kepada mereka. Kehidupan dan kematian mereka membuktikan bahawa Kitab Injil itu firman Tuhan.

Bukti luaran terakhir ialah Kitab Injil tidak dapat dihapuskan. Disebabkan Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang penting, maka ia sering diserang dan terdapat percubaan untuk menghapuskannya. Raja Roman seperti Diocletian, pihak komunis dan mereka yang tidak percaya kepada Tuhan cuba menghapuskan dan mengkritik Kitab Injil, tetapi Kitab Injil masih kekal wujud dan dicetak di seluruh dunia.

Sepanjang masa, mereka meragui dan menganggap Kitab Injil ialah cerita mitos, tetapi kaji purba telah membuktikan kebenaran sejarahnya. Pembangkang menentang dan mengatakan bahawa ia primitif dan ketinggalan zaman, tetapi ajaran moral dan peraturannya mempunyai pengaruh yang positif ke atas masyarakat dan kebudayaan di seluruh dunia. Ia terus diserang oleh sains, psikologi dan politik tetapi ia masih kekal wujud seperti masa dulu. Kitab injil ialah sebuah buku yang telah mengubah beribu-ribu nyawa dan kebudayaan sejak 2000 tahun dulu. Tidak kira bagaimana pembangkangnya cuba menentang dan memusnahkannya, Kitab Injil masih kekal kuat dan boleh dipercayai. Ketepatannya kekal walaupun terdapat percubaan untuk memusnahkannya, dan hal ini membuktikan bahawa ia ialah firman Tuhan yang benar. Kita boleh berasa kagum apabila melihat Kitab Injil kekal tidak berubah walaupun diserang dengan sengit. Tambahan pula, Yesus berkata, “Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.” (Markus 13:31). Selepas mengkaji semua bukti dan fakta, kita boleh berkata dengan yakin bahawa “Ya, Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang benar.”

BERITAKAN INJIL KRISTUS

Shalom dalam kasih kristus....

Saya masih ingat lagi mula-mula saya ingin datang kembali ke tanah asal saya itu kepulauan Broneo, di mana sekarang saya menetap di salah satu tempat dipanggil di Sarawak. Justeru, saya ingin berkongsi firman tuhan and berita baik iaitu tentang keselamatan kepada semua bangsa yang ada disini.

Tetapi bangsa-bangsa disini masih kurang mengerti apa itu Berita Baik , ada Kehidupan Yang Kekal melalui YESUS , Yoh14:6. Ini diperintahkan oleh Yesus sendiri di dalam setiap buku injil iaitu di dalam Mat28:19-20 , Markus16:15-20, 13:10 , Lukas24:47-49 , Roma 15:11 , 15:16 , 2Kor:15, Galatia2:7-8 , Efe2:19-20, Fili:1:12-13 , Kolose1:28-29.

Jemaat-jemaat disini masih perlu dibangunkan didalam Kehidupan Kristus mereka. Sebagai contohnya mereka ke gereja setiap hujung, tetapi di dalam kehidupan mereka, ia tidak melambangkan kehidupan Kristus secara total. Paling sedih ada pemimpin-pemimpin gereja secara luarannya mereka mengetaui segala isi yang tertulis di dalam Alkitab, tetapi dalam penampilan kehidupan mereka sama tidak sekali seperti yang terjadi zaman Yesus , imam-imam membenci Yesus Mat 26:3-5 , Mrk14:1-2 , Luk22:1-2 , Yoh 11:45-53. Iman tanpa perbuatan adalah mati, Yakubus2:26.

Fokus saya adalah penginjilan , puji Tuhan doa saya dijawap oleh Tuhan , dalam 4 bulan yang lalu Tuhan menghantar orang kepada saya untuk membimbing saya terus berteguh dan patuh dalam apa yang diajar oleh Alkitab. Sampai hari ini kami mempelajari dan melakukan perkara yang di perintahkan oleh Yesus sendiri iaitu pemberitaan injil. Mat28:19-20.

Hari seterusnya, saya terus praktikkan. Suatu hari, pagi-pagi saya berdoa supaya menhantar orang supaya saya boleh berkongsi firman Tuhan. Dia terus menjawab, satu orang dari suku bangsa Bidayuh, Namanya Kelly melalui dia, kami boleh terus menginjili orang-orang Bidayuh disana,hanya sebilangan kecil saja yang kenal Yesus secara benar. Kebanyakkannnya hanyalah secara tradisi saja. Dan mereka-mereka ini dengan hati yang keras terus tidak menyukai kami melayani disana. Tetapi Yesus itu baik, golongan kecil ini terus memuliakan Tuhan dalan kehidupan perbadi mereka. Sampai saat ini saya berkenalan seorang pemuda namanya Apong.
Sekarang saya dan Apong belajar Tranning 4 Traners (T4T) tentang bagaimana untuk menginjil dengan lebih berkesan. Kalian terus berdoa untuk kami, supaya kami ada kekuatan untuk menceritakan tentang Yesus.


Satu lagi pengalaman saya, saya berjumpa dengan satu keluarga yang belum kenal Yesus. Mereka di karuniakan seorang anak laki-laki. Bayi ini dilahirkan tanpa apa-apa tanda sebagai seorang ibu yang mengandungkan bayi. Ia lahir sihat sekali, tetapi ibunya menyatakan bahawa ia mendapat suatu mimpi bahawa seorang nenek mereka meminta sesuatu sebagai ganti bayi itu.Mereka merencana utuk bertemu si dukun-dukun. Jadi saudaranya Christoper Winson berjumpa dan menyatakan cerita pelik ini kepada says and Andrew Nuek (teman sekerja). Malamnya, kami pun berjumpa dengan mereka. Ada menyatakan kepada pasangan ini, usah di ikut mimpi itu dan kita patahkan dengan namaYesus. Malam mulai lewat kami mau balik, sebelum balik kami berpesan kepada mereka bahawa jangan mencari dukun-dukun, ini adalah hanya perbuatan Si satan.


Malangnnya, keesokannya mereka mencari dukun-dukun. Kami sangat kecawa dan kami sentiasa berdoa untuk anak kecil ini Fadrick Rockchester namanya. Tetapi yang baiknya kami ada peluang berkongsi Firman tuhan dengan Christoper. Selama 10tahun Andrew mengenalinya inilah pertama kali dia berkongsi firman Tuhan dengan Chistoper, puji Tuhan.